Senin, 29 Desember 2008

Cucu Rasulullah saww



KELAHIRAN YANG DIBERKATI

Setahun selepas keputeraan Imam al-Hassan bin Ali bin AbuTalib ‘a.s. iaitu pada hari ketiga bulan Sya’aban tahun keempat hijrah telah datang khabar penuh gembira kepada Rasulullah s.’a.w dengan kelahiran cucundanya al-Hussayn putera Fatimah az-Zahra ‘a.s. Setélah menerima berita itu lantas bersegeralah Rasulullah s.’aw menuju ke rumah Fatimah dan Ali as. Sesampainya junjungan s. 'a.w. ke sana lantas bersabda kepáda Asma’ binti ‘Amis; Wahai Asma’ berikanlah cucundaku itu kepadaku, lalu Rasulullah s.’a.w. rnemangku al-Husayn as. dan diletakkan di atas hamparan putih dan dengan penuh kesukacitaan Rasulullah s. ‘a.w. mengucup bayi itu dan melaungkan azan ditelinga kanan bayi yang mulia dan iqamat ditelinga kirinya dengan penuh kesukacitaan Rasulullah s. ‘a.w. meletakkan bayi itu di atas pangkuanñya lalu menangis sehingga Asma’ pun bertanya; Mengapa dikau menangis wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s. ‘a.w. Aku mènangis kerañan cucunda aku ini. Lantas Asma’ bertanya Inilah bayi yang dilahirkan kena pada masanya. Rasulullah s. ‘a.w. bersabdá lagi; Wahai Asma’! Cucundaku ini akan. dibunuh oleh satu kumpulan penderhaka selepas kewafatanku dan mereka itu tidak akan memperolehi syafa’atku. Rasulullah s. ‘a.w. menyambung lagi Wahai Asma’ janganlah berita ini disampaikan kepada puteriku Fatimah kerana ini merupakan satu peristiwa yang dijanjikan pada masa kelahirannya [Dirujuk dari kitab I’lam al-Wara bi I’lam al-Huda karangan at-Tibrasi, bab Keutamaan Imam Abu Abdullah al-Husayn cetakan tahun 1379, hlm. 217]

Berikutnya Rasulullah s.’a.w. menemui Imam Ali bin Abu Talib r.d., ayahanda kepada Al-Husayn lantas bersabda kepadanya; Apakah yang ingin dinamakan cucundakau ini? Lalu Imam Ali as. menjawab; Aku tidak akan mendahului dikau dalam menamakannya wahai Rasulullah s.’a.w. Dengan peristiwa ini lalu turunlah wahyu yang suci ke atas kekasih Allah Muhammad s. a.w yang membawa nama kepadanya daripada Allah Azza wajalla, lantas Rasulullah s.’a.w. bersabda kepada Imam Ali as.: Dinamakan dia Husayn.

Pada hari ketujuh selepas keputeraan al-Husayn bersegera pula Rasulullah s.’a.w. pergi ke rumah puteranya az-Zahra ‘a.s. Di Sana junjungan menyembelih seekor kambing untuk al-Husayn ‘a.s. dan mencukur rambut cucundanya itu serta memberi sedekah perak sebanyak rambutnya itu. Demikian peristiwa kelahiran al-Husayn ‘a.s. sebagaimana saudaranya al-Hasan a.s. yang merupakan cucunda kepada Nabi Besar Islam Muhammad s. ‘a.w.[Asyi’at min hayat al-Hasan bin Ali ‘a.s diterbitkan oleh Dar At-Tauhid]

KEDUDUKAN AL-HUSAYN ‘A.S.

Al-Husayn ‘as. yang bergelar Abu Abdullah itu memiliki maqam serta kedudukan yang agong. Kedudukannya yang demikian agong itu hanya boleh disaingi oleh ayahandanya Imam All bin Abu Talib rd., bondanya Saidatina Fatimah az-Zahra ‘a.s. dan para imam-imam dari zuriat Rasulullah s. ‘a.w. Adalah sukar bagi para sejarawan untuk merakamkan keududkan al-Husayn ‘as. dari sudut pandangan Islam. Mereka hanya mungkin terdaya mengkaji kebesaran maqam Imam al-Husayn ‘a.s. yang menjadi pemimpin para syuhada’ itu dari kacamata syari’at Islamiah semata-mata.

Al-Qur’an al-karim sendiri yang merupakan kalam ‘Allah yang sentiasa nienegakkan kebenaran telah merumuskan secara terang benderang mengenai kedudukan ahi al-Bayt atau keluarga rumahtangga Rasulullah s.’a.w. yang diwakili oleh Al-Husayn ‘a.:. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33:
Ertinya: “Hanyasanya Allah ingin rnenghapuskan segala kekejian dari kamu (wahai) ahl al-Bayt Rasulullah s.’a.w. dan menyucikan secara semurninya.”[Boleh dirujuk di dalam kitab Sahih Muslim, Bab Fadhail as-Sahabah atau Sahih Tirmidzi, Juzu’ 2 atau Musnad Ahmad bin Hanbal dan al-Hakim Naisaburi dalam kitabnya Mustadrak]

Para ahli hadith telah merumuskan sebab-sebab turunnya ayat di atas adalah sehubungan dengan do’a Rasulullah S. ‘.a.w. yang dipanggil kisa’. Rasulullah s.’a.w. menujukan do’anya itu terhadap Saidina Ali, Saidatina Fatimah dan kedua-dua puteranya al-Hasan ‘a.s. dan al-Husayn ‘a.s. Maksud do’a tersebut ialah; Ya Allah merekalah Ahl Baytku (ahli rumahtanggaku), oleh itu hapuskanlah kekejian dari mereka dan sucikanlah mereka dengan sebenar-benarnya.)

Ayat tersebut diturunkan bersempena dengan do’a itu. Selanjutnya ayat yang penuh keberkatan in menandakan penyaksian daripada Allah s.w.t. sendiri berhubung dengan kesucian ahl Bayt ‘a.s. Rasulullah s. ‘a.w. serta ketinggian maqam dan kedudukan mcrcka menurut kacamata Islam.

Suatu lagi ayat al-Qur’ãn yang menyatakan ketinggian martabat ahi bayt atau ahli rumahtangga Rasulullab S. ‘a.u. yang diwakili oleh al-Imam al-Husayn ‘a.S. ialah ayat Mubahilah (Sanggahan terhadap pendustaan orang-orang kafir) Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah ‘Ali Imran ayat 61:

Ertinya: “Barangsiapa membantahmu tentangnya (kisah Nabi Isa ‘a.s.) sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah kepadanya; “Marilah kita memanggil anak-anak kami, dan anak-anak kamu, isteri-isteri (perempuan) kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.”

Dalam membicarakan sebab-sebab turunnya ayat ini, para ahli tafsir telah berpendapat yang selaras dengan pandangan para ulama lainnya, bahawasanya ayat ini turun ketika mana kaum Nasara dari Najran telah bersetuju untuk menemui Rasulullah s.’a.w untuk bermubahalah atau membuktikan kebenaran dengan Allah S.W.T. Demi untuk bermubahalah dan membuktikan kebenaran risalah yang dibawanya lantas Rasulullah s. ‘a.w telah keluar menemui orang-orang Nasrani itu bersama Ahl Baytnya ‘a.s.[Perkara ini boleh dirujuk dalam kumpulan hadith-hadith sahih yang enam bab Fadhail al-Khamsah, boleh juga dirujuk dalam tafsir Az-Zamakhshari, dan Imam Fakhur Razi serta Ad-Dar Manthur oleh al-Suyuti] Mereka terdiri dari cucunda-cucundanya yang dikasihi iaitu al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s puterinya Fatimah az-Zahra ‘a.s yang berjalan di belakangnya dan saudaranya serta menantunya Imam Ali bin Abu Talib ‘a.s yang berjalan di belakang mereka.

Lalu Nabi s. ‘a.w bersabda: Apabila aku menyeru kamu semua hendaklah beriman…….Akan tetapi setetah orang-orang Nasara itu melihat wajah-wajah ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w yang suci murni dan hebat itu menyebabkan jiwa mereka menjadi goncang dan meminta supaya Rasulullah s. ‘a.w membatalkan tindakan mubahalah (pembuktian kebenaran dan la’nat Allah). Berikutnya mereka menerima dan taat terhadap pemerintahan Rasulullah s. ‘a.w dan mereka membayar jizyah kepada pemerintahan Madinah.

Di dalam ayat tersebut anda akan dapat melihat bahawa diibaratkan Imam Hasan dan Husayn ‘a.s sebagai anak-anak (Abna’), sedangkan Nabi Muhammad s. ‘a.w dan Imam ‘Ali bin Abu Talib ‘a.s sebagai diri-diri kami (Anfusana). Adapun Fatimah az-Zahra diibaratkan sebagai mewakili wanita Islam seluruhnya dengan lafaz (Nisa’ana). Berdasarkan ayat tersebut dan huraiannya yang jelas itu telah memaparkan kepada kita mengenai ketinggian maqam dan kedudukan Ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w sehinggakan apabila Rasulullah s. ‘a.w ingin membuktikan kebenaran ajaran Islam dan konsep Isa al-Masihi menurut al-Qur’an lantas Rasulullah s. ‘a.w mengajak keempat-empat Ahl Baytnya iaitu Hasan dan Husayn ‘a.s serta Ali ‘a.s dan Fatimah az-Zahra, untuk berdepan dengan orang-orang nasrani (kristian) dari Najran itu.

Gambaran ketinggian darjat ahli keluarga Rasulullah s. ‘a.w juga dapat diperhatikan di dalam ayat 23 Surah asy-Syura firman Allah, bermaksud:

“Katakanlah, aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga yang terdekat (Ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w).”

Para ulama tafsir berpendapat bahawa ayat tersebut turun berhubung dengan Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn ‘a.s. Menurut riwayat seorang sahabat yang bernama Jabir bin Abdullah r.d katanya, seorang Arab telah datang kepada Rasulullah s. ‘a.w lantas berkata, wahai Muhammad, Kemukakan kepada saya apakah sebenarnya Islam itu? Lalu Rasulullah s. ‘a.w bersabda; Engkau hendaklah bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagiNya dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah hambaNya dan rasulNya.” Orang Arab itu bertanya lagi, apakah upahnya ke atas perkara itu? Rasulullah s. ‘a.w bersabda, Tidak ada upahnya melainkan engkau memberikan kasih sayangmu kepada ahli keluargaku yang terdekat. Bertanya lagi lelaki itu: “Keluarga akukah ataupun keluargamu? Seterusnya Rasulullah s. ‘a.w bersabda: Keluargaku. Berikutnya lelaki itu berkata; Datanglah aku ingin memberi bai’ah (taat setiaku) kepadamu, dan barang siapa yang tidak mengasihimu dan tidak mengasihi kum kerabatmu yang terdekat nescaya akan menerima laknat Allah. Rasulullah s. ‘a.w mengaminkan do’a lelaki tersebut.

Menurut kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih Bukhari dan Muslim, Kitab ath-Tha’labi dan Tafsir At-Tibrasi yang kesemuanya meriwayatkan dari Abdullah bin al-Abbas r.d yang berkata bahawasanya ketika turun ayat tersebut maka para sahabat bertanya kepada Rasulullah s. ‘a.w; Wahai Rasulullah siapakah kerabatmu yang terdekat yang wajib kami curahkan kasih sayang kepada mereka. Sabda Rasulullah s. ‘a.w; Mereka ialah ‘Ali, Fatimah dan kedua-dua putera mereka al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s.

Berasaskan keterangan tersebut amat nyata dan jelas tentang kedudukan Imam al-Husayn dan Ahl Bayt ‘a.s yang sedemikian tinggi di sisi Allah ‘Azza wa Jalla. Berikut ini akan dibentangkan pula sikap dan pendirian Rasulullah sebagai datuk kepada al-Husayn terhadap cucundanya yang tercinta itu. Tegasnya akan dikemukakan kedudukan Imam Husayn menurut Sunnah Rasulullah s. ‘a.w:

1. Menurut kitab Sahih at-Tirmidzi yang memetik riwayat dari Ya’la bin Murrah yang berkata; Rasulullah s. ‘a.w telah bersabda yang bermaksud Husayn daripadaku dan aku pula daripada Husayn, Allah mencintai sesiapa yang mencintai al-Husayn, adapun al-Husayn zuriat keturunanku putera kepada puteriku (az-Zahra).

2. Seorang sahabat Rasulullah s. ‘a.w bersabda bermaksud, al-Hasan dan al-Husayn adalah cucundaku, sesiapa yang mengasihi kedua-duanya maka mereka mengasihiku dan sesiapa yang mengasihiku maka ia telah mengasihi Allah dan sesiapa yang mengasihi Allah maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga; Dan sesiapa yang memusuhi kedua-duanya maka ia telah memusuhi Allah, dan barang sesiapa memusuhi Allah maka ia akan dicampakkan ke dalam api neraka mukanya akan terlempar dahulu.[ Lihat kitab I’lam al-Wara, at-Tibrasi bab Fadhail as-Sabtin, m.s. 219]

3. Seorang sahabat yang bernama al-Barra’ bin ‘Azib berkata; Aku telah melihat Rasulullah s. ‘a.w mendokong al-Husayn cucundanya yang masih kecil dan meletakkan di atas pangkuannya seraya berdo’a yang bermaksud; Ya Allah sesungguhnya aku mengasihinya oleh itu kasihila dia.

4. Manakala Abdullah bin Mas’ud r.a pula berkata; Sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w pernah bersabda mengenai al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s; Inilah kedua-dua cucundaku! Sesiapa yang mencintai kedua-duanya maka ia mencintaiku dan sesiapa membenci kedua-duanya maka sesungguhnya ia membenciku.

5. Putera al-Husayn yang bernama Ali Zainal ‘Abidin pula meriwayatkan dari bapa dan datuknya, katanya bahawasanya Rasulullah s. ‘a.w telah mengangkat tangan al-Hasan dan al-Husayn dan bersabda; sesiapa yang mencintaiku maka hendaklah ia mencintai kedua-duanya akan menyertaiku pada hari Qiamat.[Sila rujuk kitab Tazkiratul Khawas karangan Ibn al-Juzi, Bab Mencintai Rasulullah dan al-Hasan dan al-Husayn]

KEMURNIAN PERIBADI AL-HUSAYN ‘A.S

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kedua cucunda Rasulullah s. ‘a.w al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s telah membesar dan terasuh pada satu tahap yang dipersiapkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Ini disebabkan mereka akan menghadapi tugas yang besar untuk memimpin umat Islam dan seluruh dunia selepas kewafatan datuk mereka Rasulullah s. ‘a.w. Mereka juga berperanan besar untuk menegakkan dakwah dan risalah Islam sebagai lanjutan peranan Rasulullah s. ‘a.w. Pendek kata kedua-dua putera Fatimah az-Zahra ini telah melalui suatu proses tarbiyah dan asuhan kerohanian dan pemikiran di bawah naungan nenda mereka Nabi Muhammad s. ‘a.w dan kedua-dua ibu bapa mereka yang tercinta Imam Ali bin Abu Talib ‘a.s dan Fatimah az-Zahra binti Rasulullah s. ‘a.w.

Oleh yang demikian kemurnian peribadi cucunda Rasul Islam yang agong s. ‘a.w itu menjadi sebati dan sepadu dengan risalah Allah Tabaraka wa Ta’ala. Lebih-lebih lagi sekiranya kita tinjau dari sudut aliran pemikiran mereka, tindakan dan perjuangan mereka yang agong. Di sini akan dibentangkan beberapa gambaran mengenai keperibadian as-Syahid Imam al-Husayn ‘a.s yang disoroti dari aspek pemikiran, ideologi, keohanian dan amalan-amalannya.

Hubungan Imam a-Husayn ‘a.s dengan Allah SWT

Di sini pihak kami dengan batasan kemampuan yang ada ingin membentangkan secara menyeluruh bagaimana mendalamnya hubungan al-Husayn ‘a.s, pemimpin para Syuhuda ini dengan Tuhannya yang dirinduinya. Keperibadian dan sudut kerohanian beliau ini boleh dikaitkan dengan asuhan datuknya Rasulullah s. ‘a.w dan kedua-dua orang tuannya yang suci. Malah keperibadian ketiga-tiga pengasuhnya itu terpancar nyata pada keperibadian al-Husayn ‘a.s.

Pernah pada suatu hari beliau ditanya oleh seseorang; Apakah yang menyebabkan engkau sedemikian takut kepada Allah? Lantas Imam berkata; Seseorang itu tidak akan mencapai kesejahteraan pada hari qiamat melainkan bagi mereka yang benar-benar takut kepada Allah di dunia.

Pada suatu ketika yang lain Imam al-Husayn ‘a.s. dilihat.sedang mengambil wudhu’ untuk bersembahyang lalu didapati berubah air mukanya dan menggeletar seluruh jari-jarinya, lalu seseorang bertanya rnengenai kcadaannya yang demikian itu. Berikutnya Imam bcrkata; Inilah hak bagi sesiapa Yang menyedari Allah yang Maha Pcrkasa menguasai kedua-dua tangannya nescaya ia akan menghadapi keadaan berubah air mukanya dan mcnggeletar jari-jarinya

Untuk melihat dengan lebih nyata perihal mendalamnya hubungan al-Husayn ‘a.s. dengan Allah ialah dengan memerhatikan kebesaran peribadinya pada peristiwa KARBALA yang rncmhawa kepada kesyahidanriya. Pada malam kesepuluh bulan Muharrãm yang suci (Asyura) Imam al-Husayn ‘a.s. yang sedang dikepung oleh tentera Bani Umaiyah teiah meminta mereka membenarkannya dalam detik terakhir dari kchidupannya untuk melakukan sesuatu. Katanva; Scsungguhnya kami inginmenunaikan sembahyang dan berdo’a pada Tuhan kami pada malam ini serta ingin benar kami memohon ampun kepadaNya. Kerana sesungguhnya Dia (Allah) amat mengetahui bahawa aku amat rindu untuk scmbahyang kepadaNva, membaca kitabNva serta memperbanyakkan do’a dan istighfar.

Malah dalam detik-detik terakhir hayatnya Imam al-Husayn ‘a.s masih sempat hersembahyang zuhur pada siang hari di Padang Karhala dan meminta kepada para penyerang memberinya kesempatan untuk berdo’a dan bermunajat kepada Allah. Inilah jalan hidup yang dilalui olch imam umat islam, cucunda kepada Rasulullah s. 'a.w yang tercinta. Lihatlah bagaimana kuatnva kerinduan dan keasyikan Imam al-Husayn ‘a.s. kepada khaliqnya, pencipta dan pendidiknya.

Antara do’a yang sering dikumandangkan oleh beliau adalah sebagaimana berikut:

“Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku kerinduan dan kecintaan pada akhirat, sehingga aku mengenali kebenarannya di dalam hatiku dengan timbulnya rasa zuhud terhadap keseronokan duniaku. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku melihat dengan nyata segala urusan akhirat sehingga aku menuntut kebaikan-kebaikannya secara bersungguh-sungguh dan hindarilah diriku dari kejahatan dengan penuh perasaan takut untuk melakukannya…….Ya Rabbi…..”
Inilah sebahagian daripada kenyataan hubungan kerohanian di antara al-Husayn ‘a.s dengan Tuhannya SWT dan ekoran dari hubungan ini kami akan membentangkan pula keterampilan dan kecemerlangan pergerakan revolusi al-Husayn ‘a.s, pengorbanannya untuk menegakkan Islam, dan kesastriannya dalam menegakkan konsep jihad Islam yang sebenar-benarnya pada jalan Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Hubungan Imam Husayn ‘a.s dengan manusia

Seandainya kita ingin mendalami aspek akhlak dari keperibadian Imam al-Husayn ‘a.s maka amatlah wajar kita melihatnya dari segi perhubungan timbal balas beliau dengan umat manusia yang ditinjau dari berbagai suasana berasaskan bahawa beliau menjadi suri teladan kepada umah. Bolehlah dikatakan bahawa keperibadian al-Husayn ‘a.s dari sudut ini sebagaimana juga yang dilalui oleh para Imam umat Islam yang lain yang mana perhubungan dengan manusia dibataskan oleh perundangan Allah SWT. Dengan kata-kata lain perlaksanaan amalan hidup beliau ini tergambar secara nyata dalam dunia kenyataan.

Sungguhpun begitu di sini akan disoroti sebahagian dari aspek akhlak al-Imam yang memaparkan ketinggian budi pekertinya.

Merendah diri

Apabila beliau melalui suatu perhimpuan orang-orang faqir miskin yang sedang menjamu makanan, lantas beliau memberi salam ke atas mereka. Berikutnya orang-orang faqir tadi menjemputnya untuk makan bersama mereka, lalu Imam al-Husayn ‘a.s duduk bersama mereka dan berkata; Kalaulah makanan ini tidak merupakan sedekah dari orang ramai nescaya aku akan makan bersama anda semua. Kemudian beliau berkata; Silalah datang ke rumah saya, lantas kesemua mereka berpergian ke rumah al-Husayn ‘a.s dan menikmati jamuan yang lazat serta mereka dilayani dengan sewajarnya.

Pendek kata di luar kemampuan kami untuk membentangkan secara terperinci tentang sifat merendah diri, tawadhu’ dan ketinggian budi al-Husayn ‘a.s. Namun begitu boleh dikatakan beliau telah mencapai tahap tertinggi sebagai pemimpin umat, sumber rujukan pemikiran dan perjuangan umat Islam sebagaimana yang telah digariskan oleh nas-nas al-Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah s. ‘a.w.

Adapun pencapaian yang tertinggi di dalam masyarakat sezamannya tidak mampu disaingi oleh tokoh-tokoh lain, walaupun oleh saudaranya Abdullah bin Abbas sekalipun yang lebih tua darinya. Malah Ibn Abbas menghormati kedudukan al-Husayn ‘a.s sehingga ia menarik tali tunggangan yang ditunggangi oleh al-Husayn ‘a.s sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.

Adapun kecintaan masyarakat Islam dan penghormatan mereka kepada al-Husayn ‘a.s dapat dilihat ketika mana beliau sedang menunggang kenderaannya untukmenunaikan fardhu haji di Mekah maka orang ramai telah turun dari kenderaan masing-masing untuk menyatakan penghormatan mereka kepada cucunda Rasulullah ‘s.a.w. Secara ringkas boleh dikatakan kemuliaan martabat beliau terletak kepada sikap merendah dirinya sehingga boleh bergaul dengan masyarakat yang paling sederhana pada zaman itu. Inilah jalan hidup seorang zahid yang dituntut oleh Islam. Contoh yang paling dekat jika kita perhatikan bagaimana pada suatu ketika al-Husayn ‘a.s melalui suatu perhimpunan orang-orang miskin yang sedang menghadapi makanan mereka mengajak beliau makan bersama lantas al-Imam turun dari kenderaannya dan makan bersama mereka seraya berkata; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbesar diri. Al-Husayn ‘a.s menyatakan lagi; Sesungguhnya aku telah menerima pelawaan anda maka terimalah pula pelawaanku. Mereka berkata; Boleh! Lalu mereka semua diajak ke rumahnya dan menjemput mereka dengan katanya; Masuklah anda ke dalamnya dengan penuh kelapangan.

Satu contoh lagi mengenai peranan positif beliau di dalam masyarakat tergambar nyata dari keterangan Syu’aib bin Abdul Rahman katanya; Pada suatu hari didapati suatu beban yang berat di atas bahu al-Husayn bin Ali, lantas orang bertanya puteranya Zainal Abidin mengenainya. Kata beliau; Inilah tugas yang mesti dilaksanakan bagi sesiapa yang memikul bebanan untuk meringankan penderitaan yang dibawa ke rumah-rumah golongan miskin, yang terlantar dan anak-anak yatim.

Inilah gambaran tanggungjawab sosial Imam al-Husayn ‘a.s yang mengisyaratkan ketinggian darjatnya di dalam masyarakat.

Al-Husayn ‘a.s Seorang Pemaaf

Pada suatu hari seorang budak yang melakukan kesilapannya kepada al-Husayn ‘a.s telah berkata kepadanya: Wahai Tuan! Dan orang-orang yang menahan amarahnya (Firman Allah Surah Ali Imran: 134). Imam al-Husayn ‘a.s berkata; Terhindarlah aku daripadanya. Lantas budak itu berkata;…….Dan orang-orang memaafkan (kesalahan) orang. Imam berkata; Aku telah memaafkan dikau. Budak itu berkata: Wahai Tuan! Dan Allah menyukai golongan yang berbuat baik. Lalu Imam berkata kepada khadamnya itu; Dan anda dimerdekakan kerana Allah, jika anda kekurangan sesuatu bolehkah aku menolongmu.[Sumber Kasyful Ghimmah, Juzu’ 2, hlm. 241]

Keindahan Jalan Pemikiran Al-Imam

Jalan pemikiran dan minhaj yang dilalui oleh al-Imam ialah jalan yang disyariatkan oleh Allah, perhatikan dialog beliau dengan penentangnya dari puak Khawarij iaitu Nafi’ bin al-Azraq yang berkata dengan angkuh kepadanya; “Sifatkanlah aku ini sebagai Tuhanmu yang disembah olehmu!’ Dengan penuh kebijaksanaan dan diplomasi al-Husayn ‘a.s menyatakan; Wahai Nafi’! Sesiapa yang meletakkan agamanya di atas jalan kias, maka ia tidak akan mencapai apa-apa faedahpun, ianya kosong tanpa jalan yang terang, terlonta-lonta tanpa pedoman, sesat kehilangan arah tujuan, berkata-kata tanpa keindahan, Wahai Putera al-Azraq! Sifatkanlah Ilahi Allah sebagaimana Dia menyifatkan diriNya, Dia tidak boleh dicapai dengan pancaindera, dan tidak boleh dikiaskan atau dibandingkan, yang terlalu dekat tanpa boleh disentuh, dan yang terlalu jauh tanpa hujungnya, Dia Maha Esa tanpa memiliki bahagian, dikenaliNya berdasarkan tanda-tanda ciptaanNya, yang boleh disifatkanNya dengan alamat-alamat dari makhlukNya, Tiada Tuhan Yang Layak di sembah melainkan Dia yang Maha Besar lagi Maha Melaksanakan….”

Mendengar ucapan al-Husayn ‘a.s itu Ibn al-Azraq menangis tersedu-sedu tanda penyesalannya yang tiada taranya seraya berkata; Alangkah indahnya kata-katamu![Lihat tulisan Abu ‘Ilm Ahl Bayt, Bab Keilmuan, Kefasihan dan Ketinggian pidatonya]

Dalam perjalanannya menuju Karbala’, al-Imam mengungkapkan ucapannya yang menggariskan pendirian dan sikapnya untuk menegakkan kebenaran Islam, demi menentang kezaliman dan penipuan politik musuhnya yang durjana Yazid bin Muawiyah. Dengarlah kata-kata al-Imam Husayn ‘a.s; “Sesungguhnya dunia ini telah berubah dan mengingkari haq, kebenaran telah ditinggalkan, tidak ada lagi yang tinggal padanya melainkan semut-semut dibekas-bekas makanan. Demikianlah tandusnya kehidupan sebagai penggembala kehilangan ternakannya. Tidakkah anda melihat kebenaran dan kenapakah tidak melaksanakannya? Akan tetapi kebatilan dan kejahatan mengapa tidak boleh dihentikan……untuk menggembirakan seorang beriman dalam pertemuan dengan Allah…..ianya suatu kepastian. Sesungguhnya aku tidak melihat kematian, dan maut yang mendatang melainkan dengan penuh kebahagiaan, hidupku bersama dengan si zalim bagaikan duri yang menikam serta api yang membakar. Sesungguhnya manusia telah menjadi hamba dunia dan agama hanya berputar di lidah-lidah mereka, demikian jalan kehidupan yang dijalani oleh mereka, maka apabila mereka ditimpa dugaan hidup lantas mereka berkata telah hampirnya kami kepada kematian.”[Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn bin ‘Ali, hlm. 174]

Gambaran pemikirannya mengenai ibadah dan konsep perhubungan hamba dengan Allah terlukis dengan menariknya di dalam satu rangkaian ucapannya:
“Sebenarnya suatu golongan yang beribadat kepada Allah dengan rasa sukacita dan kelapangan maka itulah ibadat para pedagang. Adapun golongan manusia yang beribadat kepada Allah dalam keadaan takut dan penuh pengharapan, maka itulah ibadat golongan hamba Allah. Adapun suatu golongan yang beribadat kepada Allah dengan rasa penuh kesyukuran maka itulah ibadat golongan yang merdeka dan inilah bentuk ibadat yang paling utama.” [Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn bin ‘Ali, hlm. 175]

Selanjutnya perhatikanlah pendirian politik Imam al-Husayn ‘a.s ketika beliau mengupas perihal kerajaan Umaiyyah yang dilihat dari kacamata Islam; “Wahai manusia sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w telah bersabda; sesiapa yang melihat suatu pemerintahan yang menyimpang iaitu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, mengengkari perjanjian dengan Allah serta menentang sunnah Rasulullah s. ‘a.w mereka pula melaksanakan perintah terhadap hamba-hamba Allah dengan membawa unsur dosa dan permusuhan, sedangkan ia tidak membuat perubahan sama ada dengan perbuatan dan perkataan, maka menjadi hak Allah untuk memasukkannya ke dalam neraka.” Berkata Imam al-Husayn ‘a.s lagi; “Ketahuilah bahawasanya mereka itu sentiasa menta’ati syaitan, serta meninggalkan ketaatan kepada Allah Yang Maha Pemurah. Selanjutnya mereka melanggar undang-undang Allah, suka menyebarkan fitnah, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah serta mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa aku bertanggungjawab terhadap orang lain. Dan seterusnya aku telah difahamkan dengan perutusan kamu dan aku juga telah menerima kedatangan utusan anda semua yang menyatakan bai’at atau persetiaan kamu. Sesungguhnya mereka tidak dapat menyelamatkan aku dan tidak juga dapat memecatku. Seandainya telah sempurna bai’at kamu maka ikutilah pemikiran yang betul. Sesungguhnya aku ialah al-Husayn ‘a.s bin Ali ‘a.s yang juga putera Fatimah binti Rasulullah s. ‘a.w, diriku adalah berserta diri kamu semua, keluargaku bersama keluarga kamu. Aku adalah suri teladan bagi kamu, lalu kamu semua telah mengikat perjanjian denganku dan kamu semua telah mengikat perjanjian denganku, dan kamu semua juga telah terikat untuk membai’atku. Oleh itu bagaimanakah kiranya anda semua telah mengengkari semuanya. Sesungguhnya tindakan yang demikian itu ditujukan kepada ayahandaku, saudaraku dan sepupuku Muslim bin ‘Aqil. Terpulanglah kepada kamu untuk melaksanakan persetiaan itu. Sesiapa berusaha dan beramal maka kesemua itu untuk kebaikan dirinya nescaya Allah akan mencukupkan kamu.” [Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn bin ‘Ali, hlm. 175]

PERANAN DAN PERJUANGAN AL-IMAM HUSAYN ‘A.S

Dalam hal kita mengikuti jejak-jejak kehidupan Al-Husayn ‘a.s. nescaya kita akan mengesani betapa mendalamnya peranan beliau di dalam kehidupan Islam. Lebih-lebih lagi sumbangan beliau untuk mengembalikan umat manusia ke jalan yang lurus selepas didapati tunggak pemerintahan telah beralih ke tangan dinasti Umaiyah yang menghancurkan konsep Khilafah dan Imamah yang murni sebagaimana yang dikehendaki oleh syari’at Islam. Peranan yang didokongi oleh Imam al-Husayn ‘a.s. sejak beliau masih muda remaja lagi iaitu ketika ayahandanya Irnam Ali bin Abu Talib r.d. menegakkan pemerintahan Islam di Madinah. Imam al-Husayn ‘á.s. beserta saudaranya Imam Hasan ‘a.s. turut mcnyertai beberapa peperangan untuk menegakkan Imamah Amir al-Mu’minin Ali bin Abu Talib r.d. Umpamanya beliau menyertai tiga peperangan yang amat penting iaitu Perang Jamal, Siffin dan Nahrawan yang didokongi oleh ayahandanya Amir Mu’minin Ali, saudaranya al-Hasan dan para sahabat Rasulullah (s. ‘a.w.) yang cintakan ahl Bayt rasutnya serta para tabi’in radhiyaLlahu ‘anhum.

Selanjutnya, apabila saudaranya al-Hasan memegang amanah Imamah, maka Imam al-Husayn tetap menjadi panglima tentera yang ta’at kepada saudaranya itu serta turut merasai pahit maungnva perjuangan yang didokong oleh kekandanya itu. Seluruh peristiwa yang dilalui menjadi sempadan dan pedoman baginya. Sehinggalah beliau turut kembali semula ke Madinah dari Kufah yang menjadi pusat pemerintahan ayahanda mereka. Demikianlah juga para anggota ahi Bayt 'a.s. turut menyumbangkan peranan mereka dalam menegakkan dan mempcrtahankan pengajaran Islam yang dibawa dan diasaskan otch datuk mereka Rasulullah s. ‘a.w. Sumbangan mereka yang berpengaruh itu bolehlah diperhatikan dengan perjuangan al-Husayn ‘a.s. yang sanggup mengorbankan harta, nyawa dan darah untuk menegakkari syari’at Islam.

Selepas kesyahidan saudaranya Irnam Hassan ‘a.s. yang diracun oleh ejen-ejen musuh ahl bayt maka peranan Imam Husayn ‘a.s. berada ditahap yang baru pula. Ini disebabkan era kehidupan yang dilaluinya lebib mencabar akihat Bani Umayyah semakin melampau menentang dasar Islam terutaman dalam bidang politik dan pemerintahan. Keadaan ini sering terjadi dikalangan Iniarn-imam Ahl bayt ‘a.s. yang membataskan peranan mcreka juga berasaskan situasi kemasyarakatan pemikiran dan suasana politik semasa. Sesungguhnya Imam a!Husayn ‘a.s. telah menemui satu jalan baru yang terbentang di hadapannya untuk mengembeling harakah atau pergerakan Islam yang lebih maju dan radikal bagi menghadapi konspirasi golongan munafiq yang memegang tampuk pemerintahan pada masa itu. Pergerakan Islam semakin memerlukan tindakan yang lebih terkehadapan dan matang berikutan suasana gawat ekoran kewafatan Imam Hassan a.s. Ini disebabkan walaupun Bani Umayah menguasai pemerintahan secara formal, namun kepimpinan umat secara rohaniah danhakiki berada ditangan Imam-imam Ahlul Bayt Rasulullah s. ‘a.w. Dasar imam sememangnya telah ditetapkan oleh syari’at Islam untuk memimpin umat Islam dan dunia. Garisan Ilahi ini telah digariskan dengau tegas oleli Rasulullah s.’a.w. di dalam hadith-hadithnya serta sirahnya.

Antara hadith tersehut ialah yang diriwayatkan oleh Jahir bin Samrah r.d. yang berkata; Aku telah menemui Rasulullah s. ‘aw. bersama dengan bapaku dan aku mendengar Rasulullah s. ‘a.w. bersabda yang bermaksud Sesungguhnya Urusan ini (Islam) tidak akan selesai dilaksanakan melainkan telah datang dikalangan mereka dua belas orang khalifah. Berikutnya Rasulullah s. 'a.w. bercakap secara sulit dengan bapaku. Kcmudiannya aku bertanya apakah yang disabdakan olehnya. Lalu bapaku berkata Rasulullah s. ‘a.w. bersabda; Kesemua mereka itu adalah dari kaum Quraisy.[Lihat Sahih Muslim, Juzu’ 2, Bab Imarah, hadith ini keluarkan dalam berbagai sandaran dan jalan serta dengan berbagai lafaz yang hampir sama, lihat juga Sahih Bukhari, at-Tirmidzi dan Abu Daud dalam bab yang sama.]

Di dalam suatu hadith yang lain Ubabah bin Rab’i meriwayatkan pula Jabir katanya: Rasulullah s. ‘a.w. hersabda maksudnya; Aku adalah pemimpin para Nabi dan Ali adalah pemimpin para pemegang wasiat., Adapun pemegang wasiatku selepasku adalah seramai dua belas orang Ali adalah yang paling awal dikalangan mereka dan yang akhirnya ialah Imam Al-Qaim Al-Mahdi.[Lihat kitab Yanabi’ al-Mawaddah tulisan al-Hamawi, Juzu’ 11, bab 77]

Manakala Salman al-Farisi pula telah berkata; Aku telah datang menemui Rasulullah s. ‘a.w sedangkan junjungan pada maa itu sedang meriba Saidina Husayn ‘a.s serta mengucup mulutnya lalu Rasulullah s. ‘a.w bersabda kepada al-Husayn ‘a.s, Engkau adalah pemimpin (sayyid) putera kepada sayyid dan saudara kepada sayyid, dan engkau Imam putera kepada Imam seta saudara kepada imam, dan engkau pemegang amanah Allah (hujjah) putera kepada hujjah serta saudara kepada hujjah serta bapa kepada sembilan orang Imam, yang kesembilannya dibangkitkan ialah al-Mahdi. [Lihat kitab yang sama dengan huraian oleh Ibn Khawarizmi]

Boleh dikatakan terdapat berpuluh-puluh hadith dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai konsep Imam dua belas khalifah 12 selepas Rasulullah s. ‘a.w. Menurut Sheikh al-Qunduzi Rasulullah s. ‘a.w mengisytiharkan khalifah-khalifah selepasnya berjumlah 12 orang sebanyak seratus hadith yang menyebut nama-nama mereka dengan jelas, manakala seratus hadith yang lain disebut secara umum.[Sila rujuk kitab Yanabi al-Mawaddah oleh Syeikh al-Qunduzi, Juzu’ 3 di dalam menerangkan bab Imam dua belas dan nama-nama mereka]

Apabila kita kembali memperkatakan Imamah al-Husayn ‘a.s maka perhatikan kita agak istimewa mengenai keistimewaan kepimpinan beliau dan situasi politik yang wujud di zamannya sehingga tindakan-tindakannya menjadi terkehadapan dalam menentang Thoghut dan penguasa yang zalim serta menyeleweng pada masa itu. Sungguhpun demikian tindakan dan peranan al-Husayn ‘a.s tetap dibataskan oleh kehendak syariat Islam semata-mata. Maka yang demikian itu kebangkitan Imam Husayn 'a.s mencetuskan revolusi Islam Revolusi al-Husayn‘a.s dianggap sebagai revolusioner Islam yang kedua selepas Rasulullah s. ‘a.w [Ath-Thair al-Thani].

Tidak ada komentar:

Posting Komentar